Cahaya merupakan tenaga berbentuk gelombang dan membantu kita melihat. Cahaya juga merupakan asas kepada ukuran meter dimana 1 meter bersamaan dengan jarak dilalui cahaya melalui vakum pada 1/299,792,458 saat. Kelajuan cahaya ditakrifkan pada kelajuan 299,792,458 meter sesaat.
Cahaya diperlukan dalam kehidupan seharian. Matahari adalah sumber cahaya yang utama. Tumbuhan hijau memerlukan cahaya untuk membuat makanan. Tumbuhan hijau ini akan menjadi makanan kepada haiwan lain yang akan menjadi makanan kepada haiwan lain pula. Ini membentuk rantaian makanan. Haiwan yang makan tumbuhan sahaja dikenali sebagai haiwan maun. Haiwan yang makan daging sahaja dikenali sebagai haiwan maging. Haiwan yang makan tumbuhan dan daging dikenali sebagai haiwan maserba.
Sifat-sifat cahaya ialah, cahaya bergerak lurus ke semua arah. Buktinya adalah kita dapat melihat sebuah mentol yang menyala dari sebarang penjuru dalam sebuah bilik gelap. Apabila cahaya terhalang, bayang akan terhasil disebabkan cahaya yang bergerak lurus tidak dapat melencong. Bagaimanapun, cahaya dapat dipantulkan. Keadaan ini disebut sebagai pantulan cahaya.
Cahaya dipesongkan apabila bergerak secara serong melalui medium yang berbeza seperti melalui udara melalui kaca melalui air. Keadaan ini disebut sebagai pembiasan cahaya. Cahaya bergerak lebih laju melalui udara daripada melalui air. Cahaya juga bergerak lebih laju melalui udara daripada melalui kaca. Oleh itu cahaya yang bergerak secara serong dipesongkan apabila melalui dua medium yang berbeza. Cahaya yang bergerak lurus melalui medium yang berbeza tidak dibiaskan.
Cahaya dipesongkan apabila bergerak secara serong melalui medium yang berbeza seperti melalui udara melalui kaca melalui air. Keadaan ini disebut sebagai pembiasan cahaya. Cahaya bergerak lebih laju melalui udara daripada melalui air. Cahaya juga bergerak lebih laju melalui udara daripada melalui kaca. Oleh itu cahaya yang bergerak secara serong dipesongkan apabila melalui dua medium yang berbeza. Cahaya yang bergerak lurus melalui medium yang berbeza tidak dibiaskan.
Pantulan cahaya lebih baik dan teratur pada permukaan yang rata. Pantulan cahaya berselerak pada permukaan yang tidak rata. Dengan itu, cermin dan permukaan air yang jernih serta tenang adalah pemantul cahaya yang baik. Ini membolehkan kita dapat melihat wajah dan badan kita di dalam cermin.
Pantulan cahaya bergantung kepada jenis permukaan
Pembiasan cahaya menyebabkan penyedut minuman kelihatan bengkok dan lebih besar di dalam air, dan juga dasar kolam kelihatan lebih cetek dari kedalaman sebenarnya. Cahaya yang jatuh pada permukaan yang rata dipantulkan secara teratur dan selari. Cahaya yang jatuh pada permukaan yang tidak rata dipantulkan secara berselerak. Imej dapat dilihat di dalam cermin kerana ada pantulan cahaya. Cahaya yang di pantulkan oleh cermin bergerak ke arah mata kita.
Alat-alat yang berfungsi berdasarkan prinsip pembiasan cahaya ialah:
Cahaya putih matahari terdiri daripada tujuh warna iaitu:
Apabila ketujuh-tujuh warna ini bercampur, cahaya putih dihasilkan. Warna-warna dalam cahaya putih matahari boleh dipecahkan dengan menggunakan prisma menjadi jalur warna. Jalur warna ini dikenali sebagai spektrum. Pemecahan cahaya putih kepada spektrum ini dikenali sebagai penyerakan cahaya. Pelangi ialah spektrum yang terbentuk secara semula jadi. Pelangi terbentuk selepas hujan, apabila cahaya matahari dibiaskan oleh titisan air hujan. Titisan air hujan bertindak sebagai prisma yang menyerakkan cahaya matahari kepada tujuh warna.
Penyerakan Cahaya Putih Matahari
Spektrum warna terbentuk kerana cahaya yang berlainan warna terbias pada sudut yang berlainan. Cahaya ungu terbias dengan paling banyak. Cahaya merah terbias dengan paling sedikit. Warna-warna spektrum boleh digabungkan semula bagi menghasilkan cahaya putih dengan menggunakan dua prisma.
Teori ini dicadangkan oleh James Clerk Maxwell pada pengakhiran abad ke-19, memperkatakan yang gelombang cahaya adalah gelombang elektromagnet jadi ia tidak memerlukan medium untuk merambat. Pada permukaannya dianggap yang gelombang cahaya disebarkan melalui rangka rujukan yang tertentu, seperti ether, tetapi relativiti khas manggantikan anggapan ini. Teori elektromagnet menunjukkan yang sinaran boleh lihat adalah sebahagian daripada spektrum elektromagnet. Teknologi penghantaran radio dicipta berdasarkan teori ini dan masih lagi menggunakannya.
Kelajuan cahaya malar yang diramalkan dalam persamaan Maxwell adalah bertentangan dengan hukum mekanikal pergerakan yang tidak pernah disanggah semenjak zaman Galileo, yang menyatakan bahawa semua kelajuan adalah relatif kepada kelajuan pemerhati. Penyelesaian kepada pertentangan ini akan dijumpai oleh Albert Einstein.
Cahaya nampak adalah sebahagian daripada spektrum yang mempunyai panjang gelombang antara lebih kurang 400 nanometer (kependekannya ialah nm) dan 800 nm (dalam udara). Cahaya boleh dipecahkan oleh frekuensinya. Frekuensi dan panjang gelombang adalah berkadar terus.
Lihat Halaju cahaya. Walaupun beberapa orang berkata tentang "halaju cahaya", perkataan halaju sepatutnya ditinggalkan untuk kuantiti vektor (dikaitkan dengan arah). Kelajuan cahaya adalah kuantiti skalar (ia tidak mempunyai arah), oleh itu kelajuan adalah istilah yang lebih tepat.
Dimana λ adalah panjang gelombang, f adalah frekuensi, v adalah kelajuan cahaya. Kalau cahaya bergerak di dalam vakum, jadi v = c, jadi
di mana c adalah kelajuan cahaya. Kita boleh menerangkan v sebagai
di mana n adalah pemalar (indek biasan) yang mana adalah sifat bahan yang dilalui oleh cahaya.
Semua cahaya bergerak pada kelajuan yang terhingga. Walaupun seseorang pemerhati bergerak dia akan sentiasa mendapati kelajuan cahaya adalah c, kelajuan cahaya dalam vakum, adalah c = 299,792,458 meter per saat (186,282.397 batu per saat); walau bagaimanapun, apabila cahaya melalui objek yang boleh ditembusi cahaya seperti udara, air dan kaca, kelajuannya dikurangkan , dan ia mengalami pembiasan. Iaitu n=1 dalam vakum dan n>1 di dalam jirim.
Kelajuan cahaya telah diukur banyak kali oleh ahli fizik. Pengukuran awalan yang paling baik adalah dilakukan oleh Olaus Roemer (ahli fizik Denmark), dalam 1676. Beliau telah mencipta kaedah mengukur kelajuan cahaya. Beliau mendapati dan telah mencatatkan pergerakan planet Musytari dan satu daripada bulannya dengan menggunakan teleskop. Adalah mungkin untuk mengira masa kitaran bulan tersebut disebabkan oleh digerhanakan oleh Musytari pada masa kitaran yang biasa. Roemer telah mendapati yang bulan tersebut mengorbit Musytari sekali setiap 42-1/2 jam apabila Bumi adalah paling hampir dengan Musytari. Masalahnya adalah apabila Bumi dan Musytari berjauhan, putaran orbit bulan tersebut kelihatan bertambah. Ini menunjukkan cahaya memerlukan lebih masa untuk samapai ke Bumi. Kelajuan cahaya dikira dengan menganalisa jarak antara planet pada masa masa tertentu. Roemer mencapai kelajuan 227,000 kilometer sesaat (sekitar 141,050 batu sesaat).
Albert A. Michelson memperbaiki hasil kerja Roemer pada tahun 1926. Dia menggunakan cermin berputar untuk mengukur masa yang di ambil cahaya untuk pergi balik dari Gunung Wilson ke Gunung San Antonio di California. Ukuran jitu menghasilkan kelajuan 186,285 batu/sesaat (299,796 kilometer/sesaat). Dalam penggunaan harian, jumlah ini dibundarkan kepada 186,000 batu/sesaat dan 300,000 kilometer/sesaat.
Kajian mengenai cahaya dan interaksi cahaya dengan jirim dikenali sebagai optik. Pemerhatian dan kajian mengenai fenomena optik seperti pelangi menyumbangkan pelbagai maklumat sifat semulajadi cahaya serta keseronokan.
Panjang gelombang yang berbeza-beza diinterpretasikan oleh otak manusia sebagai warna, daripada merah bagi panjang gelombang terpanjang (frekuensi paling rendah) hingga ke ungu bagi panjang gelombang terpendek (frekuensi paling tinggi). Frekuensi-frekuensi perantaraan dilihat sebagai jingga, kuning, hijau, biru, dan, secara konvensionalnya, indigo. Frekuensi-frekuensi sejurus selepas julat penglihatan manusia dikenali sebagai ultraungu (UV) pada penghujung frekuensi tinggi dan inframerah (IR) pada yang rendah. Walaupun manusia tidak dapat melihat IR, namun kita dapat mengesannya melalui reseptor-reseptor kulit sebagai haba. Kamera yang mengesan IR dan menukarnya kepada cahaya nampak adalah dipanggil kamera night-vision. Sinaran UV tidak dapat dikesan oleh manusia kecuali dalam cara yang agak lambat, iaitu dedahan berlebihan kulit terhadap cahaya UV boleh menyebabkan kulit terbakar, atau barah kulit. Sesetengah jenis binatang, seperti lebah, boleh melihat sinaran UV manakala ular kapak boleh melihat IR menggunakan lubang-lubang yang terdapat pada kepalanya.
Kuantiti-kuantiti dan unit-unit berikut digunakan untuk mengukur cahaya
Juga lihat: Fotometri
Medan elektrik dan medan magnetik cahaya adalah berseranjang antara satu sama lain.
Prinsip Huygens, Suhu warna, Pencahayaan, International Commission on Illumination, Kembaran zarah-gelombang, Pencemaran cahaya, photic sneeze reflex
ضوء | Светлина | আলো | Llum | Světlo | Lys | Licht | Light | Lumo | Luz | Valgus | Valo | Lumière | Luz | אור | Fény | Cahaya | Lumo | Ljós | Luce | 光 | gusni | 빛 | Leech | Šviesa | Gaisma | Licht | Lys | Światło | Luz | Lumină | Свет | Light | Svetlo | Svetloba | Ljus | ஒளி | แสง | Işık | Ánh sáng | 光