ungkuaziz.jpg YM. Professor Diraja Dr. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid (28 Januari 1922 - ) merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan dan seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara.
Beliau telah berkahwin dengan Azah aziz telah dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Y.M. Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar, Gabenor Bank Negara Malaysia sekarang.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Pahat, kemudian menyambung pengajiannya di Raffles College kemudiannya Universiti Malaya Singapura dan mendapat ijazah pada 1951. Kemudian pada 1964, beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi di Waseda University, Tokyo.
Kemudian dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya dari 1968 hingga 1988. Beliau merupakan Naib Canselor Universiti Malaya paling lama berkhidmat dengan universiti tersebut kira-kira 20 tahun.
Beliau juga menempa sejarah negara apabila menjadi penerima pertama ‘Anugerah Melayu Terbilang’ sempena sambutan ulang tahun Ke-59 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 11 Mei 2005.
This article is licensed under the GNU Free Documentation License.
It uses material from the
"Ungku Aziz".
Home Page • arts • business • computers • games • health • hospitals • home • kids & teens • news • physicians • recreation• reference • regional • science • shopping • society • sports • world