Dalam common law, satu Tort adalah satu kesalahan sivil yang berlainan daripada pelanggaran kontrak, dimana undang-undang menyediakan ganti rugi. Asas kepada undang-undang tort moden berasal daripada ganti rugi pencerobohan dan pencerobohan keatas kes. Perkataan ini sendiri berasal daripada bahasa undang-undang Perancis dan bermaksud "kesalahan". Dalam bahasa Perancis, istilah avoir tort bermaksud "untuk menjadi salah". Persamaan bagi cabang undang-undang ini dalam undang-undang sivil adalah delict.
Satu tort adalah satu pelanggaran tidak berdasarkan kontrak yang mungkin dihutangkan kepada seluruh dunia. Majoriti tuntutan undang-undang adalah dibawa dalam cabang tort.
Undang-undang tort dibezakan dengan undang-undang kontrak, undang-undang pengembalian, undang-undang equiti dan undang-undang jenayah. Undang-undang kontrak melindungi jangkaan yang timbul daripada satu perjanjian, pengembalian melindungi penkayaan tidak adil, ekuiti memastikan bahawa orang berlaku secara wajar dalam sesetengah situasi dan undang-undang jenayah menghukum mereka yang melakukan kesalahan berat seperti pembunuhan sehingga negara perlu bertindak melindungi rakyatnya. Notakan juga bahawa banyak kesalahan boleh mewujudkan liability kepada kedua-dua negara sebagai satu jenayah, dan kepada mangsa sebagai tort.
Undang-undang tort bertujuan melindungi kepentingan seseorang individu dalam keselamatannya, tanah milikannya, sumber kewangannya, atau reputasinya. Pengangguan dalam salah-satu kepentingan ini boleh diubati oleh satu tindakan undang-undang menuntut ganti rugi, biasanya dalam satu bentuk *. Undang-undang tort secara langsung bertujuan meletakkan si mangsa satu gangguan ke dalam keadaan sebelum dia diperlakukan gangguan itu (berdasarkan prinsip jangkaan atau keadaan wajar).
Dalam kebanyakan negara, tort secara lazimnya dibahagikan kedalam tiga katagori luas — tort sengaja, kecuaian dan gangguan. Catagori atau subkatagori lain diiktiraf dalam sesetengah negara. Sesetengah tort adalah tort berliabiliti ketat dimana pendakwa boleh menuntut dengan syarat dapat membuktikan dengan jelas kesalahan yang didakwanya benar-benar berlaku dengan tidak perlu untuk menunjukkan sifat pemikirannya atau bahawa defenden telah melanggar satu kewajiban menjaga yang wajar.
Dalam tritisnya yang terkenal, Handbook of the Law of Torts, William Prosser menakrifkan "tort" sebagai "satu istilah yang diaplikasikan kepada satu kumpulan kesalahan sivil yang tidak tentu dan tidak berkaitan antara satu sama lain tetapi tidak sama sekali berkait dengan satu perlanggaran kontrak dimasa satu mahkamah undang-undang mampu memberi satu pampasan dalam satu bentuk tindakan tuntutan ganti rugi."
Selain pampasan, dalam sesetengah kes berhad, undang-undang tort membenarkan tindakan sendiri, seperti menggunakan kekerasan yang wajar untuk membuang penceroboh. Tambahan pula dalam satu kes tort yang berlarutan, dimana gangguan terus-menerus, mahkamah pada sesetengah masanya akan memberi gran injunksi untuk menghalang daripada gangguan itu terus berlaku, sebagai contoh, satu kes pengaduan tentang bunyi yang terlalu kuat di sebuah tapak pembinaan sebelah memungkinkan mahkamah mengarahkan pembinaan itu diberhentikan sementara kes masih berlangsung.
Dalam "Matlamat-Matlamat Undang-undang Tort" (The Aims of the Law of Tort) (1951) Glanville Williams melihat empat batu asas diamana pelbagai tort bersantai: pemujukan, keadilan, pencegahan dan pampasan. Undang-undang mempunyai kecenderungan menekan matlamat-matlamat berlainan mengikut tort sengaja dengan tort yang berlaku akibat kecuaian atau liabiliti ketat. Selepas rencana si William itu, berkembangnya satu sekolah penganalisa ekonomi undang-undang yang menekankan insentif dan pencegahan.
Dalam sesetengah negara, liabiliti ketat adalah peraturan dalam sesetengah kes liability produk, dengan teorinya berdasarkan hanya liabiliti ketat boleh memaksa pengilang untuk menggunakan reka bentuk paling selamat. Ia juga dipercayai bahawa paksaan ini perlu keatas semua pihak dalam "rantai perdagangan" untuk lebih berhati-hati dalam penjagaan pengeluarkan produk mereka dan tidak cacat cela. Liabiliti produk juga dikatagorikan sebagai satu cabang undang undang tort spesifik, iaitu undang-undang tort toksik.
Pelanggaran hak cipta juga diklasifikasikan sebagai liabiliti ketat dalam sesetengah bidang kuasa.
Perbezaan antara kedua-duanya adalah satu tort membenarkan seseorang individu, iaitu biasanya si mangsa, (pendakwa dalam undang-undang Inggeris) untuk mendapat satu pampasan untuk tujuannya sendiri (sebagai contoh dengan pembayaran ganti rugi kepada seseorang dalam satu kemalangan kereta, atau injunksi bantuan untuk menghalang seseorang daripada masuk campur dalam satu peniagaan). Tindakan jenayah pada sebelahnya pula dibuat tidak untuk mendapat pampasan untuk membantu seseorang (walaupun pampasan berkenaan sering terdapat dalam pemberikan mahkamah Jenayah), tetapi untuk menghukum seseorang kerana tindakan mereka. Ini menerangkan kenapa, sebagai contoh, pemenjaraan wujud sebagai satu penalti jenayah berat, tetapi tidak untuk tort.
Kendatipun, ramai bidang kuasa masih menpunyai satu elemen hukuman sebagai sebahagian daripada undang-undang tort seperti kerosakan contoh dan 'kerosakan parah'. Terdapat situasi dimana jika seseorang defenden mengingkari perintah mahkamah, satu pendakwa boleh meminta untuk satu ganti rugi berbentuk hukuman keatasnya, termasuk pemenjaraan. Sesetengah tort mungkin mempunyai elemen umum — sebagai contoh, gangguan umum, — dan ada kalanya satu tindakan dalam tort akan dibawa oleh satu badan umum. Juga, di mana undang-undang jenayah adalah bersifat penghukuman, ramai bidang kuasa telah memajukan bentuk-bentuk ganti rugi kewangan atau pengembalian dimana mahkamah jenayah boleh secara terus mengarahkan defenden untuk membayar mangsa.
Deliktsrecht | agravio | Tort | דיני הנזיקין | delikt | 侵权行为 | onrechtmatige daad