article

Televisyen atau TV merupakan satu alat berskrin yang menerima isyarat penyiaran dan menukarkannya kepada gambar dan suara. Perkataan televisyen (television ) berasal dari perkataan tele (bererti jauh dalam bahasa Greek) dan vision (bererti melihat dalam bahasa Inggeris). Pada kebiasaanya, bentuk televisyen adalah seperti sebuah kotak.

Pada permulaannya, setiap televisyen perlu mempunyai antenna untuk menerima siaran dari stesen pemancar. Kini, isyarat siaran boleh turut diterima dengan menggunakan kabel dan satelit. Sesetengah televisyen moden turut boleh menerima isyarat dari komputer dan konsol permainan (game console), melalui soket penyambung khas.

Televisyen Warna & Hitam-Putih


Pada permulaannya, imej yang keluar pada televisyen cuma mempunyai dua warna, iaitu hitam dan putih (dan kelabu). Televisyen warna yang pertama dijual di Amerika Syarikat pada tahun 1953.

Pengiklanan


Memang dari mula penciptaannya lagi, televisyen telah digunakan sebagai alat pengiklanan. Malah kini ia merupakan saluran yang paling efektif dan popular untuk menjual pelbagai jenis barangan.

Kesan kepada Kesihatan


Menonton televisyen secara berlebih-lebihan boleh mengakibatkan kesihatan badan dan minda terganggu. Penyakit-penyakit seperti kegemukan, masalah jantung dan diabetes. Jadi, para doktor selalunya mengehadkan tontonan TV kepada kanak-kanak kepada 1-2 jam sehari.

Sistem Encoding Warna


Televisyen di Malaysia menggunakan sistem encoding warna PAL(singkatan bagi phase-alternating line).

Lihat Juga


Televisyen Alat Elektronik

تلفزيون | Телевизия | Televizija | Tv | Guckbax | Fernsehen | Τηλεόραση | Television | Televido | Televisión | Televisio | Télévision | טלוויזיה | Televisi | テレビ | Televîzyon | Televizija | Kiekschapp | Televisie | Telewizja | Televisão | Televiziune | Television | TV | Telebisyon | 电视

 

This article is licensed under the GNU Free Documentation License. It uses material from the "Televisyen".

Home Pageartsbusinesscomputersgameshealthhospitalshomekids & teensnewsphysiciansrecreationreferenceregionalscienceshoppingsocietysportsworld