20041120-6 bushindonesiamtg1-515h cropped.jpg
Susilo Bambang Yudhoyono (lahir 9 September 1949; lebih dikenali sebagai SBY) ialah presiden Indonesia yang terkini.
Melalui pindaan Undang-Undang Dasar Republik Indonesia 1945 yang memungkinkan presiden dipilih secara langsung oleh rakyat, beliau telah dipilih menjadi Presiden Republik Indonesia pertama pilihan rakyat serta presiden Indonesia keenam selepas dilantik pada 20 Oktober 2004 bersama Naib Presiden Jusuf Kalla. Kerjaya tenteranya terhenti ketika beliau diangkat Presiden Abdurrahman Wahid sebagai Menteri Pelombongan dan Tenaga pada tahun 1999 dan termuncul sebagai salah seorang pengasas Parti Demokrat. Pangkat terakhir sebelum persaraannya pada 25 September 2000 ialah Jeneral Tentera Nasional Indonesia
Pada tahun 1997, SBY diangkat sebagai Ketua Angkatan Bersenjata dan Staf Urusan Sosial dan Politik. Kerjaya tenteranya terhenti ketika beliau dilantik oleh Presiden Abdurrahman Wahid sebagai Menteri Pelombongan dan Tenaga pada 26 Oktober 1999, dan Menteri Penyelaras Politik, Sosial, dan Keamanan. Perlantikan itu terjadi sewaktu Presiden Abdurrahman Wahid berada di "hujung tanduk". SBY mundur daripada jawatan-jawatan tersebut pada 11 Mac 2004 sewaktu pimpinan pemerintahan dikendalikan oleh Presiden Megawati Sukarnoputri kerana dicalonkan oleh Parti Demokrat sebagai calon presiden.
SBY memperoleh kedoktorannya (PhD) dalam bidang Ekonomi Pertanian dari Institut Pertanian Bogor (IPB) pada 3 Oktober 2004. Pada 15 Desember 2005, beliau menerima doktor kehormat dalam bidang ilmu politik dari Universiti Thammasat Bangkok (Thailand). Dalam ucapannya sewaktu menerima anugerah tersebut, beliau menegaskan bahawa politik merupakan seni untuk perubahan dan transformasi dalam sebuah negara demokrasi yang damai. Beliau tidak yakin sepenuhnya bahawa politik adalah ilmu.
Dalam Persidangan Istimewa Parliamen Rakyat] pada akhir Julai 2001, SBY menjadi calon Naib Presiden. Walaupun tidak terpilih, nama SBY tetap bersinar. Dalam kabinet Megawati-Hamzah, SBY dilantik semula sebagai Menkopolkam, satu jawatan yang strategik. Semasa tempoh perjawatannya itu, SBY mengendalikan banyak kes yang harus diselesaikan, terutama kes-kes mengenai Aceh, Poso, dan Maluku. Beliau memainkan peranan yang besar dalam menentukan darurat tentera di Aceh dan Maluku. SBY juga memainkan peranan yang besar dalam perjanjian Malino untuk menyelesaikan pertikaian di Poso.
Dalam pilihan raya umum 2004, SBY menewaskan Megawati Sukarnoputri dan menjadi ketua negara Indonesia.
Dalam kehidupan peribadinya, SBY berkahwin dengan Kristiani Herawati, anak ketiga kepada Almarhum Jen. (Purn) Sarwo Edhi Wibowo, komandan RPKAD (kini Kopassus) yang membantu menumpaskan Parti Komunis Indonesia (PKI) pada tahun 1965. Mereka dikurniakan dengan dua orang anak lelaki: Agus Harimurti Yudhoyono, dan Edhie Baskoro Yudhoyono.
Selain daripada tinggal di kediaman keluarganya di Bogor, SBY juga tinggal di Istana Merdeka di Jakarta. Beliau berkahwin dengan Kristiani Herawati, anak ketiga kepada Almarhum Jen. (Purn) Sarwo Edhi Wibowo, komandan RPKAD (kini Kopassus) yang membantu menumpaskan Parti Komunis Indonesia (PKI) pada tahun 1965. Mereka dikurniakan dengan dua orang anak lelaki: Agus Harimurti Yudhoyono (lahir 1979), dan Edhie Baskoro Yudhoyono lahir 1982).
Agus memperoleh kelulusan SMA Taruna Nusantara tahun 1997 dan Akademi Tentera Indonesia pada tahun 2000. Seperti ayahnya, dia juga mendapatkan penghargaan "Adhi Mekayasa". Agus adalah seorang Leftenan Satu TNI Angkatan Darat yang bertugas dalam sebuah batalion infantri di Bandung, Jawa Barat. Dia berkahwin dengan Anissa Larasati Pohan, seorang pelakon yang merupakan anak bekas Naib Presiden Bank Indonesia. Sejak pertengahan 2005, Agus menuntut pendidikan untuk ijazah saujananya dalam Penyelidikan Strategik di Institut Penyelidikan Pertahanan dan Strategi, Singapura.
Anak yang bongsu, Edhie Baskoro, lulus dengan Kelas Pertama berganda dalam Perdagangan Kewangan dan Perdagangan Elektrik pada tahun 2005 dari Universiti Teknologi Curtin di Perth, Australia Barat.
Pentadbiran SBY memberikan keutamaan kepada maslaah Pakatan sulit, Rasuah, dan Nepotisme (KKN), selain daripada masalah terorisme sejagat. Masalah narkotik, perjudian, dan perdagangan manusia juga diberikan tumpuan. Gelombang tsunami di Aceh dan Sumatera Utara yang terjadi pada 26 Desember 2004 menyebabkan pengorbanan dan menimbulkan rasa empati daripada pelbagai pihak di seluruh dunia.
Pada 28 Jun 2005, Presiden SBY mengirimkan SMS kepada masyarakat Indonesia dengan nama pengirim "Presiden RI". Kebenaran pesanan itu yang berkaitan dengan pencegahan narkotik telah disahkan oleh jurucakap Presiden yang menyatakan bahawa berbagai-bagai SMS akan menyusul.
سوسيلو بانبانغ يودهونو | Susilo Bambang Yudhoyono | Susilo Bambang Yudhoyono | Susilo Bambang Yudhoyono | Susilo Bambang Yudhoyono | Susilo Bambang Yudhoyono | Susilo Yudhoyono | Susilo Bambang Yudhoyono | Susilo Bambang Yudhoyono | スシロ・バンバン・ユドヨノ | 수실로 밤방 유도요노 | Susilo Bambang Yudhoyono | Susilo Bambang Yudhoyono | Susilo Bambang Yudhoyono | Сусило Бамбанг Юдхойоно | Susilo Bambang Yudhoyono | Susilo Bambang Yudhoyono | 苏西洛·班邦·尤多约诺
This article is licensed under the GNU Free Documentation License.
It uses material from the
"Susilo Bambang Yudhoyono".
Home Page • arts • business • computers • games • health • hospitals • home • kids & teens • news • physicians • recreation• reference • regional • science • shopping • society • sports • world