Sindrom Rengsa Usus atau juga dikenali sebagai Inflammatory bowel disease (IBS) merupakan gangguan terhadap fungsi usus yang ditandai dengan sakit perut yang bukan sahaja berulang-ulang tetapi juga kronik. Antaranya perut memulas, senak, kembung, angin dan perubahan tabiat membuang air besar. Terdapat juga pesakit yang mengalami cirit-birit, sembelit atau gabungan kedua-duanya sekali. Kehadiran darah dalam najis perlu diberikan perhatian serius kerana ia bukan ciri-ciri sindrom Rengsa Usus .
Pembuangan air besar yang normal adalah berbeza-beza di antara tiga ketul najis sehari kepada minimum jumlah yang sama sepanjang minggu. Sekiranya tidak, bahan-bahan kumuh yang tersimpan di dalam badan seseorang dalam jangka masa yang lama boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit kepada tuan punya badan.
Jika orang sihat membuang air besar sama ada satu atau dua kali sehari, ada pesakit sindrom Rengsa Usus yang melakukannya dua kali seminggu atau hanya sekali dalam tempoh dua minggu. Malah dalam kes cirit-birit, terdapat penghidap sindrom Rengsa Usus yang membuang air besar sehingga 10 kali sehari tetapi yang keluar berupa cecair sahaja. Sungguhpun begitu, penghidap sindrom Rengsa Usus masih berasa belum puas dan akan mengulanginya selepas beberapa jam kemudian.
Sindrom Rengsa Usus merupakan masalah perubatan yang kedua kerap diadukan selepas selesema sekali gus menjadi antara penyebab utama ketidakhadiran di tempat kerja. Wanita lebih cenderung mengalami masalah ini berbanding lelaki pada nisbah 2:1 terutamanya sebelum dan semasa datang bulan.
Usus mempunyai banyak bekalan saraf yang akan memberitahu otak kadar kecepatan pengeluaran bahan-bahan kumuh. Saraf yang terlalu aktif boleh menyebabkan usus mengeluarkan najis terlalu cepat (cirit-birit). Saraf yang tidak cergas sebaliknya akan membenarkan najis tinggal terlalu lama di dalam usus (sembelit).
Terdapat beberapa penyakit usus lain seperti keradangan, barah dan jangkitan boleh menyerupai sebahagian atau kesemua gejala yang ditunjukkan oleh sindrom Rengsa Usus . Pemeriksaan fizikal dan ujian darah perlu dilakukan bagi mengetahui punca-punca lain yang boleh menyebabkan gejala seperti sindrom Rengsa Usus .
Ujian endoskopi seperti sigmoidoskopi atau kolonoskopi akan dilakukan sekiranya doktor mengesyaki gejala usus tidak tepat bagi sindrom Rengsa Usus dan perlu memastikan tidak ada penyakit usus yang lain. Walaupun gejala-gejala yang ditunjukkan oleh sindrom Rengsa Usus ada kalanya serius, gangguan itu sendiri bagaimanapun tidak dikategorikan sebagai satu penyakit.
Sindrom Rengsa Usus juga tidak akan bertukar menjadi barah dalam jangka panjang sebagaimana yang menjadi kebimbangan ramai. Malah, jika pembedahan dilakukan pada abdomen, hasil yang dapat dilihat adalah usus normal tanpa sebarang kerosakan.
Chronisch-entzündliche Darmerkrankungen | Inflammatory bowel disease | Côlon irritable | Upalna bolest crijeva
This article is licensed under the GNU Free Documentation License.
It uses material from the
"Sindrom Rengsa Usus".
Home Page • arts • business • computers • games • health • hospitals • home • kids & teens • news • physicians • recreation• reference • regional • science • shopping • society • sports • world