Negeri Sarawak atau juga dikenali sebagai Sarawak Bumi Kenyalang merupakan salah satu daripada negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia). Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia dan terletak di Malaysia Timur di pulau Borneo.
Sarawak terdiri daripada 11 bahagian (division) iaitu (angka menunjukkan keluasan dalam kilometer persegi):-
Penemuan arkeologi seperti tulang manusia, tembikar, dan bekas perkuburan membuktikan bahawa manusia telah mendiami Sarawak sejak sebelum Masihi lagi. Sarawak dikatakan berada di bawah kekuasaan kerajaan Srivijaya pada kurun-10 hingga kurun-13, Penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak telah membolehkan orang-orang Melayu dari Sumatera berhijrah dan menetap di kawasan pesisiran Sarawak. Orang melayu telah membuka penempatan mereka di Santubong yang merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting di Nusantara. Ini telah dibuktikan dengan dengan penemuan bahan artifak seperti pasu zaman dinasti Han Cina di Santubong. Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun-13, Sarawak dikuasai oleh kerajaan Majapahit. Seorang putera Raja Majapahit iaitu Raden Menteri Dipati Jepang atau Datu Merpati Jepang telah berhijrah ke Sarawak pada kurun ke-15. Baginda telah berkahwin dengan Datu Permaisuri anak perempuan Raja Jarom Jawa di Johor sebelum berhijrah ke Sarawak. Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncullah golongan bangsawan Melayu Sarawak yang bergelar Abang. Golongan Melayu perabangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di Sarawak.
Jabatan Ketua Menteri adalah tiang pentadbiran negeri yang meletakkan pejabat Ketua Menteri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta lain-lain jabatan.
| Nama | Mula berkhidmat | Tamat berkhidmat |
|---|---|---|
| Tun Abang Haji Openg | 1963 | 1969 |
| Tun Tuanku Bujang Tuanku Othman | 1969 | 1977 |
| Tun Abang Muhammad Salahuddin | 1977 | 1981 |
| Tun Abdul Rahman Ya'kub | 1981 | 1985 |
| Tun Ahmad Zaidi Adruce | 1985 | 2000 |
| Tun Abang Muhammad Salahuddin | 2001 | kini |
Untuk rencana lanjutan, lihat Budaya di Sarawak
Sarawak | Negeri-negeri di Malaysia | Sarawak | Sarawak | Sarawak | Sarawak | サラワク州 | Sarawak (staat) | 沙捞越