Rafiahsalim.jpg Datuk Rafiah Salim(lahir pada 13 Mei 1947), dilahirkan di Kuala Krai, Kelantan, merupakan wanita pertama dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya sejak 1 Mei 2006, menggantikan Prof. Datuk Dr. Hashim Yaacob yang tamat kontrak perkhidmatannya pada 31 Mac 2006.
Beliau mendapat pendidikan awal di Kolej Tunku Kurshiah and Victoria Institution. Rafiah yang juga pemegang sarjana muda dan sarjana undang-undang dari Queen's University of Belfast, United Kingdom mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang dalam sektor awam dan swasta dan juga di peringkat antarabangsa. Beliau pernah berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Agong bagi Pengurusan Sumber Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dari 1997 hingga 2002, Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (1995-1997) dan juga Pengurus Besar Sumber Manusia Malayan Banking Berhad (1991-1995).
This article is licensed under the GNU Free Documentation License.
It uses material from the
"Rafiah Salim".
Home Page • arts • business • computers • games • health • hospitals • home • kids & teens • news • physicians • recreation• reference • regional • science • shopping • society • sports • world