article

UMNO logo.gif Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Inggeris: United Malay National Organisation; biasa dikenali sebagai UMNO) adalah parti politik terbesar di Malaysia dan merupakan pengasas pakatan Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia sejak merdeka lagi.

Sejarah UMNO


Zaman Pra Kemerdekaan

Satu perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 Mac hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.

Dato Onn bin Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.

Tiga usul telah dululuskan oleh Kongres seperti berikut:

  • Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu;
  • Membantah pertubuhan Malayan Union; dan
  • Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja.

Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.

Walaupun ada bantahan yang hebat daripada kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 menubuhkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946, Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) berlangsung di Istana Besar Johor Bahru dan Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan oleh para peserta. UMNO pun lahirlah secara rasmi.

Zaman Pasca Kemerdekaan

Zaman Tunku Abdul Rahman

Zaman Tun Abdul Razak

Zaman Tun Hussein Onn

Zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad

Perlembagaan UMNO

Lagu UMNO


Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu

Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara

Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia

Bersatu, Bersetia, Berkhidmat

Presiden-Presiden UMNO


Abdullah badawi.jpg
Bil Nama Mulai bertugas Selesai bertugas
1. Dato’ Onn bin Jaafar 1946 1951
2. YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 1951 1971
3. Tun Abdul Razak Dato' Hussein 1971 1976
4. Tun Hussein Onn 1976 1981
5. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad 1981 2003
6. Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi 2003 (masih berkhidmat)

Lihat juga


Pautan luar


United Malays National Organisation | United Malays National Organisation | UMNO

Parti Politik Malaysia | UMNO

 

This article is licensed under the GNU Free Documentation License. It uses material from the "Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu".

Home Pageartsbusinesscomputersgameshealthhospitalshomekids & teensnewsphysiciansrecreationreferenceregionalscienceshoppingsocietysportsworld