Pendidikan Rendah lazimnya merupakan kursus bagi masyarakat sesebuah negara yang berusia lebih daripada enam tahun dan ia berterusan sehingga pelajar itu mencapai usia dua belas tahun.
Sekolah Rendah di Malaysia
Di
Malaysia,
pendidikan rendah adalah dijalankan di sekolah-sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan dan juga sekolah swasta. Antara kemahiran yang diajar di peringkat ini ialah asas-asas
membaca,
menulis dan
mengira. Sewaktu pelajar berada di dalam darjah enam, iaitu pada usia dua belas tahun, mereka dikehendaki mengambil peperiksaan penilaian yang dipanggil Ujian Penilaian Sekolah Rendah atau
UPSR, yang menilai prestasi mereka di dalam kedua-dua bahasa iaitu
Bahasa Melayu dan
Inggeris,
Matematik dan
Sains.
Lihat juga: Pendidikan Rendah Malaysia
Sekolah Rendah di negara-negara Barat
Di
Amerika Syarikat pula dan kebanyakan sekolah di negara barat, sekolah-sekolah rendahnya dipanggil
elementary schools. Kebanyakan budak-budak dihantar ke
tadika sewaktu berusia lima tahun dan memulakan darjah satu atau
first grade pada usia enam tahun. Di negara ini tiada sekolah kebangsaan. Semua
sekolah adalah dijalankan oleh kementerian pendidikan negeri masing-masing. Sistem pendidikan di Amerika Syarikat dan Kanada juga dipanggil "K-12" iaitu dari tadika atau "kindergarten" hingga ke gred 12 atau
twelfth grade yang bersamaan dengan tingkatan enam di Malaysia.
Pautan luar
Grundschule | Primary education | Elementa lernejo | Basisschool | 初等教育 | Grunnschool