Pendidikan khas merupakan perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Kategori individu kurang upaya yang perlu mengikuti program dan perkhidmatan pendidikan khas terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental (mental retardation), bermasalah pembelajaran (learning disabilities), gangguan emosi dan tingkah laku (emotional and behavioral disorder), gangguan komunikasi – pertuturan dan bahasa (communication – speech and language disorder), hilang pendengaran (hearing loss), hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah (blindnees or low vision), kecacatan fizikal (physical impairments) dan golongan pintar cerdas (giftedness).
Perkhidmatan dan kemudahan pendidikan khas terhadap golongan berkeperluan khas seperti yang dijelaskan di atas tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Bahagian II 3(2) yang menjelaskan :
“Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai Kementerian Pelajaran dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti program Pendidikan Kebangsaan layak untuk menghadiri program pendidikan khas kecuali murid-murid berikut :
(a) murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa; dan
(b) murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau yang terencat akal yang berat.”
Behindertenpädagogik | Special education | Educación especial | חינוך מיוחד | 特別支援教育 | 特殊教育
This article is licensed under the GNU Free Documentation License.
It uses material from the
"Pendidikan khas".
Home Page • arts • business • computers • games • health • hospitals • home • kids & teens • news • physicians • recreation• reference • regional • science • shopping • society • sports • world