Dalam pengelasan saintifik yang digunakan dalam biologi, order (bahasa Latin: ordo, kata jamak ordines) merupakan satu aras dalam pengelasan taksonomi organisma antara kelas yang kurang khusus dan famili yang lebih khusus, atau takson pada aras itu; sebagai penerangan, satu kelas mengandungi lebih daripada satu atau lebih aturan, dan satu aturan mempunyai satu atau lebih famili.
Perincian yang tepat untuk tatanama formal bergantung kepada kod tatanama yang digunakan. Sila lihat pengelasan saintifik dan:
Dalam terbitan-terbitan botani Perancis dari Familles naturelles des plantes oleh Michel Adanson (1763) sehingga akhir abad ke-19, perkataan famille (kata jamak: familles) telah digunakan sebagai padanan Perancis untuk perkataan bahasa Latin, ordo. Kesamaan ini dinyatakan dengan eksplisit dalam karya De Candolle, Lois de la nomenclature botanique (1868) yang merupakan pelopor untuk Tatanama Botani Kod Antarabangsa yang digunakan sekarang.
Dalam Aturan tatanama botani antarabangsa yang pertama pada tahun 1906, perkataan "famili" digunakan untuk aras "famille" Perancis, sedangkan order (ordo) dikhaskan untuk aras yang lebih tinggi, iaitu untuk apa yang digelarkan sebagai cohors (kata jamak: cohortes) dalam abad ke-19.
Sebilangan daripada famili tumbuhan masih mengekalkan nama "order semula jadi" Linnaeus dan juga nama kumpulan-kumpulan semula jadi pra-Linnaeus yang diakui oleh Linnaeus sebagai order dalam pengelasan semula jadinya, umpamanya Palmae atau Labiatae. Nama-nama sebegini dikenali sebagai nama famili deskriptif.
Orde (biologie) | Ordre | Orden (biologi) | Ordnung (Biologie) | Order (biology) | Selts (bioloogia) | Orden (biología) | Ordre (biologie) | Orde (bioloxía) | Ordine (tassonomia) | Ordo | Būrys | Rend (biológia) | Orde (biologie) | Orden (biologi) | Òrdre (biologia) | Rząd (biologia) | Ordem (biologia) | Отряд | Rad (taxonómia) | Red (biologija) | Ordning (biologi) | Takım (biyoloji) | 目 (生物)