| morphine.png |
| Struktur molekul Morfina |
Morfina ialah sejenis dadah analgesik narkotik yang dijumpai di dalam opium. Tidak seperti kebanyakan opioid, morfina bertindak secara langsung ke atas sistem saraf utama, terutama di sinapsis nukleus arkuat, untuk melegakan kesakitan. Kesan sampingan daripada pengambilan morfina termasuk gangguan mental, euforia, kelalian, tidak bermaya dan penglihatan kurang jelas. Morfina juga mengurangkan selera makan, menghalang refleks batuk dan menyebabkan sembelit. Morfina selalunya sangat menagihkan, dan toleren, dependens fizikal dan dependens psikologi cepat terbina.
Morfina ditemui dalam pelbagai penyediaan drug. Dadah ini boleh diberi secara subkutaneus, intravena, atau suntikan epidura. Kadangkala, tentera menggunakan mofina yang diisi ke dalam penyuntik automatik ( autoinjector ). Morfina juga boleh diambil melalui mulut. Morfina jenis ini hadir dalam bentuk cecair ataupun pil (eliksir atau tablet).
Morfina boleh digunakan secara sah untuk perkara perkara berikut:
Morfina diasingkan buat kali pertamanya pada tahun 1803 oleh seorang ahli farmasi Jerman, Friedrich Wilhelm Adam Serturner, yang menamakan dadah tersebut sebagai morphium bersempena nama tuhan mimpi Yunani, Morpheus. Namun, dadah ini tidak digunakan secara meluas sehinggalah picagari hipodermik dicipta pada 1853. Morfina digunakan untuk mengurangkan kesakitan, dan secara ironik, dianggap ubat untuk ketagihan opium atau alkohol. Dadah ini juga turut digunakan secara meluas semasa Perang Saudara Amerika mengakibatkan 400,000 orang menderita Penyakit Tentera (soldier disease) (iaitu ketagihan).
Morfina tidak boleh diambil tanpa preskripsi di Amerika Syarikat dan United Kingdom berdasarkan Akta Cukai Narkotik Harrison 1914 ( Harrison Narcotics Tax Act ) dan Akta Penyalahgunaan Dadah 1917 ( 1917 Misuse of Drug Act ). Selain itu, penyalahgunaan dadah ini juga diharamkan di Malaysia di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1998).
Heroin dihasilkan daripada morfina pada 1874.
Morphin | Morphine | morfin | モルヒネ | Morphine | Morfine | Morfina | Morfin