Negeri Melaka (Jawi: ملاك; juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah) adalah sebuah negeri yang terletak di barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan:
Kedudukan Melaka dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:
Ibu negerinya Kota Melaka. Walaupun merupakan negeri pertama mengasaskan Kesultanan Melayu, Melaka kini tidak mempunyai seorang Sultan, sebaliknya negeri ini diketuai oleh seorang Tuan Yang Terutama (TYT) Yang DiPertua Negeri.
Negeri Melaka terletak di pantai barat daya Semenanjung Malaysia, serta bertentangan dengan Sumatra. Berkeluasan 1,650 kilometer persegi, ia bersempadankan Negeri Sembilan di utara dan Johor di timur. Jumlah penduduknya pada tahun 2001 ialah 648,000.
Penduduk-penduduk negeri Melaka terdiri daripada:
Bandar-bandar utama di negeri Melaka ialah Bandar Melaka, Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin, Merlimau, Tampin dan Ayer Keroh.
Bandaraya Bersejarah Melaka juga berkembar dengan lima buah bandar terkemuka yang lain iaitu - Lisbon, Portugal (16 Januari 1984), Kuala Lumpur, Malaysia (15 April 1989), Hoorn, Belanda (8 November 1989), Valparaiso, Republik Chile (24 June 1991) dan Nanjing, China (2001).
Untuk rencana lanjutan, lihat Kesultanan Melaka
Kesultanan Melaka diasaskan oleh Parameswara, seorang raja Srivijaya dari Palembang, pada tahun di antara 1400 hingga 1403. Kesultanan ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511.
Empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan.
Sultan Mahmud Shah, sultan terakhir Kesultanan Melaka, merupakan mangsa keadaan disebabkan Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.
Melaka dikuasai oleh pihak Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 24 Ogos 1511. Ia menjadi suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur dan diperintah mereka selama 130 tahun. Pada tahun 1641, pihak Belanda menguasai Melaka dengan penewasan pihak Portugis melalui pembantuan Sultan Johor. Walaubagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka. Mereka menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perikatan British-Belanda pada tahun 1824.
Dari 1826 hingga 1867, Melaka diperintah oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (British East India Company), dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahan British. Kemudian, pada tahun 1946, ia menjadi salah satu Negeri Selat (Straits Settlement), bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang.
Selepas pembubaran tanah jajahan, Melaka dan Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union yang kemudiannya menjadi Malaysia pada tahun 1963.
Melaka diisytiharkan sebagai "Bandaraya Bersejarah" pada 15 April 1989.
Jabatan Ketua Menteri adalah tiang pentadbiran negeri yang meletakkan pejabat Ketua Menteri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta lain-lain jabatan. Bagi pentadbiran, Melaka dibahagikan kepada tiga daerah di bawah majlis daerah masing-masing, iaitu:
Mereka menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan kepada penduduk dalam menjalankan kehidupan harian mereka.| Nama | Mula berkhidmat | Tamat berkhidmat |
|---|---|---|
| Tun Leong Yew Koh | 31 Ogos 1957 | 31 Ogos 1963 |
| Tun Haji Abdul Malek bin Yusuf | 31 Ogos 1963 | 30 Ogos 1971 |
| Tun Haji Abdul Aziz bin Abdul Majid | 31 Ogos 1971 | 9 Mei 1975 |
| Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan | 23 Mei 1975 | 30 Nov 1984 |
| Tun Syed Ahmad Shahabudin Al-Haj | 4 Dis 1984 | Jun 2004 |
| Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil bin Yaakob | Jun 2004 | Sekarang |
Untuk rencana lanjutan, lihat Budaya di Melaka
Sektor pelancongan dan pembuatan adalah sektor utama dalam menjana ekonomi negeri. Melaka telah mengamalkan slogan "Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia". Melaka kaya dengan tempat-tempat yang menarik dan bersejarah.
Melaka juga terkenal untuk makanan, terutamanya gaya masakan Baba dan Nyonya yang terdirinya daripada gaya masakan Cina dan Melayu. Kebanyakan hidangannya adalah pedas dan berempah.
Sehingga hari kini, kebanyak adat-adat kuno yang berasal daripada pendudukan Portugis masih diamalkan, termasuknya "Intrudu" (sejenis perayaan air yang menandakan permulaan musim Lent, iaith musim puasa bagi orang Katolik), "branyu" (sejenis tarian tradisional) dan "santa cruz" (sejenis perayaan jalan tahunan)
Selain daripada pelancongan, Melaka juga menjadi pusat pengeluaran barangan tempatan daripada makanan dan barangan konsumer kepada barangan komponen-komponen senjata dan automotif berteknologi tinggi, elektronik serta komponen-komponen komputer. Terdapatnya sekurang-kurang 23 kawasan perindustrian yang merangkumi lebih kurang 500 kilang Amerika Syarikat, Jerman, Jepun, Taiwan dan Singapura.
Perkhidmatan perubatan swasta di Melaka semakin dicari oleh pesakit-pesakit sejauh Indonesia dan Singapura. Hospital Straits, Hospital Southern, Hospital Melaka dan Pusat Perubatan Pakar Pantai merupakan pusat perubatan swasta yang amat popular. Mereka menyediakan perkhidmatan perubatan yang setaraf dengan kebanyakan negara maju yang lain. Kerajaan Negeri Melaka ialah pemegang saham utama Hospital Southern.
Melaka mempunyai sebuah stesen bas dengan perkhidmatan pengangkutan yang tetap ke Kuala Lumpur, Johor Bahru dan pelbagai tempat di Malaysia. Ia juga mempunyai sebuah lapangan terbang di Batu Berendam yang melayankan penerbangan carter dari kawasan sekitar.
Jalan keluar Ayer Keroh di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) merupakan jalan masuk utama ke Melaka. Terdapatnya juga dua jalan keluar tambahan di Lebuhraya Utara-Selatan, iaitu di jalan keluar Alor Gajah dan Jasin.
Untuk rencana, lihat: Sejarah Melaka
Melaka | Malakka | Malacca | Malaca | Melaka | Malaca | Malakka (staat) | Melaka (negara bagian) | マラッカ | Malakka (stan) | Malacca