Laurales ialah nama botani untuk sebuah susunan tumbuhan berbunga yang sentiasa merangkumi famili Lauraceae. Pada masa dahulu, susunan ini tidak diakui oleh sistem taksonomi tumbuhan dan kekadang dimasukkan dalam susunan Magnoliales.
Susunan ini merangkumi 2,500-2,800 spesies daripada 85-90 genus dan terdiri daripada tujuh famili pokok dan pokok renek. Kebanyakan spesies ini adalah tropika atau subtropika, walaupun beberapa genus juga boleh didapati di kawasan iklim sederhana.
Fosil Laurale yang terawal adalah daripada Zaman Batu Kapur. Adalah mungkin bahawa keasalan yang kuno ini merupakan salah satu daripada sebab mengapa susunan ini mempunyai morfologi yang amat berbeza-beza. Sebenarnya, tidak terdapatnya satu ciri morfologi yang diketahui yang dapat menyatukan kesemua tumbuhan Laurales pada masa ini.
Perubahan yang dibuat oleh APG tidak sebegitu besar berbanding kelihatannya: tumbuhan-tumbuhan dalam famili Atherospermataceae dan Siparunaceae telah pun berada dalam famili Cronquist. Famili Idiospermaceae dalam sistem Cronquist tetap merupakan sebahagian famili Calycanthaceae.
Laurales | Laurbær-ordenen | Lorbeerartige | Laurales | Laurales | Laurales | עראים | Laurales | クスノキ目 | Laurales | Laurales | Лавроцветные | Laurales | Laurales | Bộ Nguyệt quế
This article is licensed under the GNU Free Documentation License.
It uses material from the
"Laurales".
Home Page • arts • business • computers • games • health • hospitals • home • kids & teens • news • physicians • recreation• reference • regional • science • shopping • society • sports • world