| mbjb_emblem.gif | mbjb_logo.gif |
| Lambang Bandar Raya | Logo |
Johor Bahru (juga dieja sebagai Johor Baru dan Johore Bahru, dan biasanya disingkatkan menjadi JB) ialah nama ibu negeri Johor dan juga nama daerah metropolitan yang terletaknya di selatan Semenanjung Malaysia. Sebagai bandar raya, ia berupa yang kedua terbesar dalam negara, iaitu selepas Kuala Lumpur, ibu kota negara.
Dengan jumlah penduduk sebanyak 500,000 di kawasan bandar raya dan lebih kurang 1.5 juta di daerah metropolitan, Johor Bahru merupakan satu pusat perindustrian, perdagangan, dan pelancongan yang utama. Pelancongan adalah penyumbang yang besar dalam ekonomi Johor Bahru yang mana 60% daripada pelancong-pelancong yang melawati Malaysia setiap tahun bermasuk melalui negara Singapura. Walaubagaimanapun, perkembangan perindustrian di Johor Bahru yang begitu pesat telah menjadikannya sebagai salah satu pusat perindustrian yang terbesar di negara.
Sultan Abu Bakar berketurunan daripada Temenggong Abdul Rahman, seorang ketua tempatan yang telah menandatangani perjanjian penyewaan pulau Singapura dengan Sir Stamford Raffles dari pihak British pada tahun 1819. Sebahagian besar daripada kemakmuran Johor pada hari kini boleh dikesan secara langsung kepada kejayaan Sultan Abu Bakar memujukkan pengusaha-pengusaha British dan Cina untuk melaburkan dalam bidang pertanian di kawasan baginda. Sultan Abu Bakar menunjukkan kecenderungan yang tergiat dalam perancangan bandar kerajaannya. Oleh sebab itu, banyak daripada bandar raya pada hari kini mempunyai nama dan tanda-tanda baginda, seumpamanya Muzium Sultan Abu Bakar dan Masjid Sultan Abu Bakar. Johor Bahru telah menyaksikan beberapa peristiwa kesejarahan negara terutamanya penubuhan UMNO (United Malays National Organisation), sebuah parti politik yang terbesar di Malaysia, pada tahun 1946. Sejak merdeka, Johor Bahru telah mengalami kemajuan yang amat pesat dibawah pemerintahan kerajaan pusat Malaysia.
Pada 1 Januari 1994, Johor Bahru diisytiharkan sebagai sebuah bandar raya, yang mana Dato Hashim Yahya menjadi Datuk Bandar yang pertama.
Pada September 2005, kerajaan pusat telah mengumumkan penubuhan Perbadanan Kemajuan Johor Selatan yang mempunyai kuasa untuk menyeleraskan perancangan dan pemajuan kawasan tersebut. Perbadanan ini dikerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman.
Johor Bahru biasanya dianggap sebagai sebuah kawasan pedalaman kepada negara Singapura, seperti Shenzhen kepada Hong Kong. Terdapatnya banyak syarikat hakmilik orang Singapura dan juga pelancong-pelancong yang masuk ke Johor Bahru melalui Singapura. Johor Bahru mempunyai banyak kompleks membeli-belah yang melayankan orang-orang Singapura yang melawati untuk membeli barang-barang dan menghiburkan diri, disebabkan nilai mata wang Singapura yang lebih tinggi. Oleh sebab itu, bidang jualan runcit adalah amat maju di Johor Bahru bagi sebuah bandar raya sesama saiznya. Kawasan utama membeli-belah terletaknya di kawasan bandar raya, dengan beberapa hipermarket yang ditempatkan di luar bandar.
Kawasan perindustrian berat ialah Pasir Gudang dan Tanjung Langsat, yang terletaknya di kawasan metropolitan timur. Ia mengandungi kelompok kilang penapis, kilang memproses kimia, dan kilang membina kapal. Kawasan perindustrian ringan dan sederhana khususnya terletak di Tebrau, Tampoi, Senai, Skudai dan Kulai, iaitu di daerah metropolitan utara dan barat laut.
Ekonomi Johor Bahru amat bergantung kepada negara Singapura. Berpuluh-puluh ribu orang daripada Johor Bahru melintasi tambak untuk bekerja di Singapura oleh kerana gaji yang lebih lumayan, sebahagiannya disebabkan kadar pertukaran matawang (pada tahun 2005, sedolar Singapura bernilai dua ringgit). Tambahan lagi, ramai orang Singapura juga melawati Johor Bahru untuk membeli-belah kerana harga barangan yang lebih murah. Oleh sebab itu, Johor Bahru sentiasa mengalami kesan-kesan sampingan seperti suami dengan isteri, setiap kali terdapatnya susulan ekonomi di Singapura.
Lebuhraya Pasir Gudang dan Parkway Johor Bahru melintas Lebuhraya Tebrau dan Lebuhraya TAR di separuh jalan dan merupakan Jalan Lingkar Pertengahan kawasan metropolitan. Jalan Lingkar Pedalaman di Johor Bahru membantu dalam pengawalan trafik di Daerah Sentral dan sekelilingnya. Kemasukan ke sistem lebuhraya nasional boleh dibuat melalui Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), dengan jalan masuk dan keluar ditempatkan secara strategik di dalam kawasan metropolitan. Tambahan juga, tambak Johor Bahru yang dilengkapkan dengan landasan keretapi dan lebuhraya enam lorong menyambungkan Daerah Sentral dengan negara Singapura. Link Kedua yang terletaknya di bahagian barat kawasan metropolitan telah dibina pada tahun 1997 untuk mengatasi kesesakan tambak. Ia menyambungkan secara langsung dengan Parkway Johor Bahru dan PLUS.
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ditempatkan di bahagian barat laut kawasan metropolitan dan memberi perkhidmatan kepada sistem penerbangan nasional dan wilayah. Pelabuhan Tanjung Pelepas, yang terletaknya di bahagian barat kawasan metropolitan, ialah pusat pemindahan yang terbesar di Malaysia, sedangkan Pelabuhan Pasir Gudang di bahagian timur merupakan salah satu pelabuhan komoditi yang utama di Malaysia disebabkan Johor Bahru dilingkari ladang-ladang yang besar.
Johor Bahru mempunyai tiga stesyen radio. Best 104 merupakan stesyen radio swasta yang pertama di Malaysia. FM Johor ialah stesyen radio wilayah hakmilik kerajaaan, sedangkan FMJB adalah stesyen radio kerajaan bagi kawasan Johor Bahru sahaja.
Johor Bahru | Johor Bahru | Johor Bahru | 新山
This article is licensed under the GNU Free Documentation License.
It uses material from the
"Johor Bahru".
Home Page • arts • business • computers • games • health • hospitals • home • kids & teens • news • physicians • recreation• reference • regional • science • shopping • society • sports • world