Johor Darul Takzim adalah sebuah negeri yang terletak di paling selatan Semenanjung Malaysia dan bersempadankan:
Kedudukan Johor dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:
Ibu negerinya ialah Johor Bahru. Darul Ta'azim, nama gelaran Arabnya, bermaksud "tempat perlindungan yang maruah".
Luasnya negeri Johor ialah 18,992 kilometer persegi dan mempunyai 2.8 juta penduduk pada tahun 2000. Pembahagian kaum mengikut bangsa ialah:
Negeri Johor dibahagikan kepada lapan daerah seperti berikut:
Johor ialah negeri tunggal di Malaysia yang mempunyai pantai di sempadan timur dan barat. Kebanyakan tanahnya rendah dengan bukit-bukau yang mencerun landai. Titik tertingginya ialah Gunung Ledang yang berukuran 1,276 meter.
Johor mempunyai hutan simpan paya bakau yang ketiga terbesar di Semenanjung Malaysia dengan keluasan sebanyak 167 kilometer persegi, termasuknya:
Negeri ini juga mempunyai banyak pulau. Lapan pulau yang terbesarnya ialah:
Bandar bandar utama di Johor adalah termasuk Johor Bahru (ibu negeri), Muar, Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi dan Segamat.
Kawasan Johor sudah pun bermula pada tahun 800 sebagai suatu petempat perdagangan yang penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi pula salah sebuah jajahan pemerintahannya. Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Johor di mana beliau mengasaskan Kesultanan Johor.
Kesultanan Johor pada akhir abad ke-16 dan ke-17 mengalami perjuangan pewarisan berturut-turut. Ia juga sering mengalami serangan daripada pihak Portugis dan Aceh. Pada 1641, Johor menyokong pihak Belanda menewaskan pihak Portugis di Melaka dan pada 1660, Johor telah menjadi sebuah entrepot yang maju.
Pada tahun 1855, di bawah perjanjian di antara British di Singapura dan Sultan Ali dari Johor, kuasa memerintah Johor diserahkan kepada Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim. Temenggung Ibrahim membuka Bandar Tanjung Puteri di selatan Johor dan menjadikannya sebagai sebuah bandar utama.
Pada tahun 1866, Temenggung Abu Bakar, anakanda Temenggung Ibrahim, dilantik menjadi Sultan Johor secara rasmi dan menamakan Bandar Tanjung Puteri sebagai Johor Bahru. Sultan Abu Bakar memperkenalkan sebuah perlembagaan dan menubuhkan sebuah sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Dibawahnya, Johor menikmati pembangunan ekonomi yang cemerlang. Permintaan lada hitam dan gambir yang tinggi pada abad ke-19 menyebabkan pembukaan ladang-ladang baru dan kemasukan buruh Cina secara beramai-ramai. Sultan Abu Bakar kemudiannya dikenali sebagai "Bapa Johor Moden".
Pada tahun 1914, Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar terpaksa menerima seorang Residen British. Perang Dunia II meletus pada tahun 1939. British yang bertanggungjawab terhadap pertahanan Johor dikalahkan oleh tentera Jepun yang kemudian menduduki Johor dari tahun 1941 hingga tahun 1945. Selepas tamatnya peperangan, British kembali ke Johor dan pada tahun 1946, Johor menjadi sebahagian daripada Malayan Union.
Nasionalisme Melayu yang diketuai oleh Dato' Onn Jaafar daripada UMNO menyebabkan Malayan Union dibatalkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Tanah Melayu kemudiannya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan kemudiannya pada tahun 1963, Johor menjadi salah satu daripada 14 buah negeri yang menyertai Malaysia.
Setiausaha Negeri merupakan ketua pentadbiran kerajaan negeri. Pejabat Setiausaha Negeri ialah teras Pentadbiran Kerajaan Negeri yang menyempurnakan sokongan pentadbiran kepada implementasi dasar-dasar yang diputuskan oleh EXCO dan Dewan Undangan Negeri.
Negeri Johor dibahagikan kepada lapan daerah di bawah 15 pihak berkuasa tempatan, iaitu:
Bkt Timbalan.jpg
Berlainan daripada kebanyakan negeri lain, majlis daerah di negeri Johor tidak bertanggungjawab kepada urusan tanah. Sebaliknya, hal-ehwal tanah ditadbir oleh pejabat tanah daerah. Setiap daerah dibahagikan lagi kepada mukim-mukim dan seorang penghulu dilantik untuk mewakili Pegawai Daerah dalam pentadbiran harian.
Negeri Johor merupakan salah satu daripada negeri-negeri yang lebih maju di Malaysia. Ekonominya terdiri daripada campuran pertanian, pengeluaran, perdagangan dan pelancongan.
Johor ialah pengeluar utama bagi getah, nenas dan minyak kelapa sawit. Hutannya merupakan asas untuk perkembangan pemprosesan kayu-kayan dan kayu balak. Sewaktu 1980-an, terdapat perkembangan utama taman-taman perindustrian dan projek perbandaran diseluruh negeri. Pelbagai syarikat antarabangsa daripada Singapura telah berpindah ke Johor untuk mengambil kesempatan daripada kos yang lebih rendah. Industri-industri utamanya termasuk elektronik, tekstil, pembinaan kapal, dan juga kilang-kilang penapis minyak kepala sawit dan bahan sumber semulajadi serta bahan kimia daripada petroleum.
Ramai penduduk di Johor juga berulang-alik setiap hari ke tempat kerja di Singapura disebabkan upah yang lebih lumayan.
Kebudayaan negeri Johor mengandungi pelbagai aspek daripada kaum Melayu, Cina, India dab lain-lain bangsa, termasuk orang asli dan orang Portugis. Campuran ini dibayangkan oleh tempat sembahyang yang terdiri daripada masjid-masjid, kuil-kuil dan gereja-gereja yang berwujud di sisi satu sama lain. Selainnya, ia juga dibayangkan dalam pelbagai makanan tempatan, kostum, perayaan dan upacara amal.
Kuda kepang dan zapin merupakan tarian tradisional Melayu di Johor. Kuda Kepang ialah sejenis tarian yang dipersembahkan dengan kostum yang mewah serta kuda tenunan. Ia memaparkan pahlawan-pahlawan yang berkuda berlawan dalam pertempuran yang semakinnya menjadi cergas sehingga perayaan kemenangan.
Ghazal dan barongan adalah tulang belakang nyanyian tradisional Melayu. Ghazal melibatkan segolongan kecil ahli muzik yang bermain alat muzik moden dan tradisional, dan seringnya dipersembahkan dalam majlis rasmi.
Pakaian tradisional Johor termasuk:
Negeri Johor mempunyai banyak tarikan pelancongan, terutamanya:
Negeri Johor juga mempunyai lima taman negara dengan jumlah keluasan yang melebihi 700 kilometer persegi serta banyak hutan lipur yang lebih kecil untuk menarik kedatangan pelancong:
Negeri Johor mempunyai sistem lebuh raya yang bagus. Lebuhraya Utara Selatan and landasan keretapi mengaitkan kebanyakan bandar-bandar utama di negeri Johor dan juga dengan segala negeri-negeri di barat Semenanjung Malaysia. Tambahan juga, Tambak Johor yang dilengkapkan dengan landasan keretapi dan lebuhraya duaan tiga lorong menyambungkan negeri Johor dengan negara Singapura. Laluan Kedua Tuas yang terletaknya di bahagian barat bandar raya Johor Bahru telah dibina pada tahun 1997 untuk mengatasi kesesakan tambak. Ia menyambungkan secara langsung dengan Lebuhraya Utara Selatan.
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai yang ditempatkan 30 kilometer daripada bandaraya Johor Bahru memberi perkhidmatan kepada sistem penerbangan nasional dan wilayah. Dibina pada 6 Jun 1974, lapangan terbang ini telah diperbesarkan berkali-kali dan kini mempunyai kapasiti sebanyak lima juta penumpang setahun. Sebuah landasan kapal terbang yang baru sedang dibina.
Negeri Johor mempunyai tiga pelabuhan: