Firaun ( فرعون ) atau Pharaoh (פַּרְעֹה Par‘ō); merupakan gelaran yang merujuk kepada pemerintah Mesir ketika tempoh pra-Kristian dan pra-Islam
'Firaun' merupakan perkataan yang diambil dari bahasa Arab (al-Qur’an) tentang panggilan raja Mesir. Ia juga berasal dari Bahasa Mesir Pr-Aa bermaksud 'Rumah Besar', digunakan ketika Kerajaan Lama sebagai sebahagian dari frasa seperti 'smr pr-Aa' bermaksud 'Penghuni Rumah Besar', dengan rujukan khas kepada mahkamah atau istana itu sendiri. 1 Dari Dinasti Kedua Belas dan seterusnya, perkataan itu muncul dengan ucapan 'Rumah Besar, semoga hidup makmur dan dalam kesihatan', tetapi masih dengan rujukan bangunan berbanding dengan rajanya.
Contoh awal 'Pr Aa' digunakan untuk merujuk raja adalah dalam surat kepada Amenhotep IV (Akhenaten) peda pertengahan Dinasti Kelapan Belas Mesir (1539-1292 SM) yang merujuk kepada 'Firaun, dikurniakan kehidupan, kemakmuran dan kesihatan, Tuan'.2 Dari Dinasti Kesembilan Belas dan seterusnya, digunakan juga hm.f 'Baginda Tuanku'.
Maka, istilah itu berubah dari sesuatu yang dirujuk bersama bangunan sehinggalah gelaran kehormat bagi seorang raja, dan juga pejabatnya.
1 Ancient Egyptian Grammar (3rd ed.), A. Gardiner (1957) 71-76
2 Hieratic Papyrus from Kahun and Gurob, F. LL. Griffith, 38, 17.
Raja Mesir memakai dua mahkota, yang dicipta dari Mahkota Merah dari Mesir Hilir dan Mahkota Putih dari Mesir Hulu. Ia dihiasi dengan ular yang digandakan ketika Dinasti Kedua Puluh Lima.
Ahli kaji Mesir purba, Bob Brier mendapati walaupun terdapat banyak pernyataan dan lukisan tentang mahkota diraja, tiada mahkota yang sebenar ditemui. Makam Tutankhamun digali besar-besaran tetapi tetap tidak dijumpai. Mahkota tersebut dikatakan mempunyai kandungan sihir, dan pendapat Brier mengatakan bahawa mahkota tersebut tidak boleh dibawa bersama apabila telah mangkat tetapi harus diserahkan kepada penggantinya.
Gelaran rasmi bagi raja ketika Kerajaan Baru mengandungi lima nama; bagi sesetengah pemerintah, kita hanya mengetahui satu atau dua sahaja
Farao | Faraó | Faraon | Farao | Pharao | Faraono | Pharaoh | Faraón | Faarao | Pharaon | Ny Reeaghyn Eajiptagh | פרעה | Popis faraona | Fáraó | Firaun | Faraono di Egiptia | Faraone | ファラオ | Pharao | Faraonas | Farao | Farao | Faraon | Faraó | Фараон (титул) | Pharaoh | Faraon | Фараон | Farao | 法老