1. Enzim terbina daripada protein yang dihasilkan oleh sel hidup.
2. Tindakan enzim spesifik. Setiap jenis enzim hanya bertindak balas dengan substrat tertentu sahaja. Contoh: enzim sukrase hanya boleh berindak balas dengan sukrosa tetapi tidak boleh bertindak balas dengan maltosa walaupun kedua-duanya adalah gula.
3. Tindak balas enzim boleh berbalik. Arah tindak balas bergantung kepada jumlah substrat dan hasil yang ada. Tindak balas penguraian lemak akan berlaku dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri sehingga keseimbangan tercapai antara kedua-dua substrat.
4. Enzim diperlukan dalam kuantiti yang kecil. Sedikit enzim akan memangkinkan satu bilangan besar tindak balas biokimia yang sama.
5. Enzim tidak boleh dimusnahkan selepas tindak balas biokimia selesai. Oleh itu, enzim boleh digunakan berulang kali.
6. Suhu optimum bagi tindak balas enzim ialah pada 37 C.
2. Heliks ganda dua DNA membuka dan satu bebenang tunggal molekul RNA yang mengandungi maklumat sintesis enzim dibentuk.Proses ini dikenali sebagai proses transkipsi.
3. Bebenang RNA meninggalkan nukleus dan bercantum dengan ribosom di dalam sitoplasma.
4. Ribosom merupakan tapak di mana maklumat yang dibawa oleh RNA digunakan untuk membentuk molekul enzim. Proses ini dikenali sebagai proses penterjemahan.
1.Tindakan enzim boleh dijelaskan melalui hipotesis mangga dan kunci kerana penggabungan substrat kepada enzim menyerupai pemasangan kunci kepada mangga. 2.Substrat dianggap sebagai kunci dan enzim sebagai mangga. 3.Hipotesis ini dapat menerangkan mengapa tindakan enzim adalah spesifik. 4.Semasa proses tindak balas biokimia berlaku, enzim bergabung dengan substrat secara sementara untuk membentuk suatu kompleks enzim-substrat di tapak aktif enzim. 5.Substrat menjadi hasil di dalam kompleks enzim-substrat. 6.Kemudian hasil yang terbentuk akan meninggalkan tapak aktif enzim. Enzim tidak berubah dan bebas digunakan semula.
ENZIM + SUBSTRAT --> KOMPLEKS ENZIM-SUBSTRAT --> ENZIM + HASIL
Amilase - Terdapat dalam detergen untuk menyingkirkan kotoran seperti coklat, kari dan telur daripada pakaian. -Ditambah dalam proses pencairan kanji sebelum penambahan malt dalam industri alkohol.
Protease - Melembutkan daging. -Membantu menanggalkan kulit ikan dalam industri pengetinan ikan.
Selulase - Melembutkan sayur-sayuran yang tinggi kandungan serabutnya. -Mengeluarkan kulit daripada bijirin seperti gandum. -Mengasingkan agar-agar daripada rumpai laut dengan menguraikan dinding sel daun rumpai dan membebaskan agar-agar yang terkandung dalamnya.
Papain - Enzim yang diperoleh daripada betuk untuk melembutkan daging.
Zimase - Dihasilkan oleh yis untuk memecahkan gula kepada etanol.
Renin - Mendadihkan susu.
Lipase - Mengurangkan lemak dalam makanan seperti daging. -Bertindak balas terhadap lemak susu dalam penyediaan keju.
Pernyataan masalah : Apakah kesan pH ke atas aktiviti enzim?
Pembolehubah dimanipulasikan : pH larutan Pembolehubah dimalarkan : Suhu larutan Pembolehubah bergerak balas : Penguraian substrat oleh enzim.
Hipotesis: Pepsin bertindak balas paling berkesan dalam keadaan berasid.
Radas dan bahan : Tabung uji, picagari, corong turas, termometer, jam randik, bikar, penunu bunsen, ketas pH, tungku kaki tiga, kasa dawai, ampaian albumen, larutan pepsin 1 %, asid hidroklorik 0.1 M dan larutan natrium hidroksida 0.1 M.
Prosedur : 1.Tiga tabung uji dilabelkan P,Q,R 2.Bahan seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah dimasukkan ke dalam setiap tabung uji yang berlabel itu. 3. pH larutan campuran di dalam setiap tabung uji ditentukan dengan menggunakan kertas pH. 4.Kesemua tabung uji direndamkan di dalam kukus air pada suhu 37 C selama 20 minit. 5. Isi kandungan tabung uji itu diperhatikan.
Keputusan:
Perbincangan:
1. Tabung uji P,Q dan R direndaman di dalam kukus air pada suhu 37 C kerana suhu ini merupakan suhu optimum bagi enzim untuk bertindak balas dengan substrat. 2. Pada akhir eksperimen, isi kandungan dalam tabung uji P menjadi jernih kerana albumen telah diuraikan oleh protien. 3.Pepsin menguraikan albumen dalam keadaan berasid.
Kesimpulan :
Aktiviti enzim dipengaruhi oleh pH.
Pada tahun 1958, Daniel Koshland telah mencadangkan hipotesis kunci dan mangga. Enzim merupakan struktur yang fleksibel. Tapak aktif enzim boleh diubahsuai semasa substrat bertindak balas dengan enzim. Tapak aktif yang dibina oleh asid amino molded into a precise shape which enables the enzyme to perform its catalytic function. In some cases the substrate molecule changes shape slightly as it enters the active site.
إنزيم | Ензим | উৎসেচক | Enzim | Enzym | Enzym | Enzym | Enzyme | Enzimo | Enzima | Ensüüm | زیمایه | Entsyymi | Enzyme | אנזים | Enzim | Enzim | Enzim | Enzimo | Enzima | 酵素 | 효소 | Enzymum | Fermentas | Ензим | Enzym | Enzym | Enzym | Enzima | Ферменты | Enzyme | Enzým | Encim | Ензим | Énzim | Enzym | เอนไซม์ | Enzim | 酶