| Bahasa Melayu | |
|---|---|
| بهاس ملايو | "Bahasa Melayu" ditulis dalam huruf Jawi
|
| Ditutur di: | Afrika Selatan - 496,000 orang Amerika Syarikat - 11,000 orang Arab Saudi - 12,813 orang Australia - 19,069 orang Bahrain, Bangladesh, Belanda - 95,440 orang Bosnia Herzegovina, Brunei - 321,893 orang China, Emiriah Arab Bersatu - 9,288 orang Fiji, Hong Kong - 12,726 orang India - 637 orang Indonesia - 23,803,826 orang Iran, Ireland - 800 orang Itali - 140 orang Jepun, Jerman - 2,000 orang Jordan - 520 orang Kanada - 8,165 orang Kemboja - 14,825 orang Kepulauan Comoros - 861 orang Kepulauan Cocos - 600 orang Kepulauan Solomon - 30 orang Kuwait, Korea Selatan, Laos, Libya - 20 orang Lubnan,Madagascar - 26,700 orang Maghribi, Malaysia - 10,825,000 orang Maldives - 280 orang Mayotte - 120 orang Mesir - 6,000 orang Mexico, Myanmar - 23,000 orang New Zealand - 2,871 orang, Pakistan, Papua New Guinea, Perancis - 400 orang Filipina, Pulau Krismas - 584 orang Qatar, Rusia, Senegal, Singapura - 679,500 orang Sri Lanka - 85,793 orang Sudan, Sweden, Switzerland - 155 orang Syria, Taiwan - 11,000 orang Thailand - 3,200,000 orang Timor Leste - 300 orang Tunisia, Turki, United Kingdom - 47,652 orang Uzbekistan, Vietnam, Yaman - 42,691 orang Yunani - 20 orang dan Zimbabwe. Di Indonesia, ia dikenali sebagai Bahasa Indonesia. |
| Jumlah penutur: | 7–18 juta (asli) 200–300 juta (semua) |
| Tangga kedudukan: | 54 |
| Golongan bahasa: | Austronesia | Melayu-Polinesia
| Status rasmi | |
| Bahasa rasmi: | Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, dan Singapura |
| Dikawal oleh: | Majlis Bahasa Brunei Darussalam – Indonesia – Malaysia (MABBIM) |
| Kod bahasa | |
| ISO 639-1 | ms |
| ISO 639-2(B) | may |
| ISO 639-2(T) | msa |
| SIL | MLI |
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Indonesia (dikenali sebagai Bahasa Indonesia), Malaysia, Brunei Darussalam, dan Singapura. Di Timor Timur, Indonesia (sekarang Timor Leste), bahasa Melayu digunakan sebagai salah satu "bahasa kerja" (working language). Kelainan Bahasa Melayu juga ditutur di daerah yang mempunyai bangsa Melayu wujud, seperti di selatan Thailand, selatan Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.
Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.
Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama.
Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya, bahasa Melayu Jawa atau bahasa Jawa mempunyai banyak perkataan yang tidak diketahui oleh penutur bahasa Melayu yang lain. Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara Bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Bahasa ini dahulunya banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka. Walaubagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau Inggeris. Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif, bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan menambah imbuhan tertentu. Umumnya, kata dasar (atau kata akar) terdiri daripada kata kerja.
Penggunaan Bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India, sama seperti di Brunei. Berbeza di Indonesia, Bahasa Indonesia berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau lingua franca untuk rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan Indonesia dalam menggalakkan penggunaan Bahasa Indonesia selain Bahasa Belanda yang tidak lagi digunakan. Di Timor Timur, sekarang terlepas dari Indonesia menjadi negara Timor Leste, Bahasa Indonesia diterima sebagai "bahasa berkerja". Di Singapura, Bahasa Melayu dikekalkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura mempunyai empat bahasa rasmi (iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India, dan Melayu.) Di selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang daripada Kesultanan Melayu Patani (orang Melayu Pattani), tetapi tidak memperolehi sebarang pengiktirafan daripada kerajaan.
Pada awal tahun 2004, Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM mencadangkan Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi ASEAN memandangkan lebih separuh jumlah penduduk ASEAN mampu bertutur dalam Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan.
Menurut beberapa ahli bahasa dan sejarah, Melayu Moden berasal daripada bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Induk. Bahasa Melayu Induk berasal daripada bahasa Melayu Purba yang juga merupakan asal daripada bahasa Melayu Kuno. Ini bermakna bahasa Melayu Moden bukanlah merupakan pengembangan daripada dialek Johor-Riau dan bahasa Melayu Moden tidak begitu rapat hubungannya dengan dialek yang lain. Dialek yang lain berasal daripada Melayu Induk manakala dialek Johor-Riau berasal daripada Melayu Klasik.
Penemuan orang Jawa yang berusia ribuan tahun menunjukkan Kepulauan Melayu sudah dihuni manusia, dan bukannya berasal dari Asia Tengah seperti pendapat sesetengah ahli sejarah.
Penulisan bahasa Melayu telah mengalami beberapa perubahan dan menggunakan beberapa jenis huruf yang saling berganti.Tulisan yang mula dipakai adalah tulisan Pallava yang berasal dari India. Tulisan Pallava ini kemudian mengalami perubahan. Oleh itu, timbul jenis-jenis tulisan seperti berikut:
Selain itu sebagai faktor sampingan, faktor kemegahan juga faktor yang mendorong kepada peminjaman bahasa dari bahasa Sanskrit. Ini adalah kerana bahasa Sanskrit merupakan bahasa yang dianggap bahasa yang "tinggi-tinggi" pada zaman kuno. Penyerapan bahasa Sanskrit dalam bahasa seharian dijadikan satu cara perolehan kemegahan. Keadaan ini khususnya menyebabkan peminjaman perkataan yang sudah ada dalam bahasa Melayu asli, tetapi digantikan juga dengan bahasa Sanskrit, kerana barangkali dianggap lebih sesuai, lebih sedap bunyinya ataupun semata-mata kerana disangka lebih "tinggi" mutunya kerana bahasa Sanskrit merupakan bahasa sarjana.
Dalam bahasa Melayu,terdapat 677 perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan Sanskrit yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu:
| Bahasa Sanskrit | Bahasa Melayu |
|---|---|
| dosa | dosa |
| dukkha | duka |
| deva | dewa |
| rupa | rupa |
| samsara | sengsara |
Cerita panji ialah sejenis cerita yang berasal dari Jawa. Isinya adalah mengenai wira dan wirawati. Cerita ini terdapat banyak versi, dan boleh dikesan di seluruh nusantara sehingga di Kemboja.
Migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu telah berlaku semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pertempatan orang Jawa sudah dapat dikesan di bandar Melaka pada zaman itu, iaitu Kampung Jawa dan Parit Jawa. Walaubagaimanapun, migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu yang ketara berlaku bermula pada awal abad ke-19. Tumpuan migrasi Jawa adalah di negeri-negeri Selat dan juga negeri Selangor.
Pertembungan orang tempatan yang menutur bahasa Melayu dengan pendatang Jawa yang menutur dalam bahasa Jawa telah menyebabkan unsur-unsur bahasa Jawa meresap ke dalam Bahasa Melayu.
Berikut disenaraikan beberapa kata-kata pinjaman Jawa dalam bahasa Melayu:
| Perkataan | Maksudnya |
|---|---|
| Andong | Kereta kuda(sewaan) |
| Batok | tempurung |
| berangasan | mudah naik marah |
| wedana | ketua daerah |
| adipati | raja |
| Bahasa Arab | Bahasa Melayu |
|---|---|
| Abi | Abah |
| Kursiyun | Kerusi |
| Shukran | Shukur |
| Jadual | Jadual |
| Sahsiah | Sahsiah |
| Bahasa Portugis | Bahasa Melayu |
|---|---|
| Armario | Almari |
| Garfo | Garpu |
| Igreja | Gereja |
| Limao | Limau |
| Toalha | Tuala |
| Janela | Jendela |
Berikut merupakan beberapa perkataan yang telah diterima dalam bahasa Melayu secara rasmi tetapi secara amnya tidak digunakan.
| Bahasa Inggeris | Bahasa Melayu |
|---|---|
| Time | Tem |
| Game | Gem |
| Torchlight | Torclait |
| Family | Famili |
| Tank | Teng |
| Information | Informasi |
Beberapa tahun kebelakangan ini (sekitar 2003) stesen televisyen milik kerajaan Malaysia RTM 1 (dahulu dikenali sebagai TV 1) telah menukar tema salurannya kepada "Saluran Infotainmen Anda" (daripada bahasa Inggeris Your Infotainment Channel) dan ini menimbulkan kontroversi apabila Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mendakwa perkataan "Infortainmen" merosakkan penggunaan bahasa Melayu. Alasan yang diberikan adalah bahawa -tain- yang harus disebut seakan perkataan Melayu main, dan ini kedengaran agak janggal. Penukaran ejaan ke "Infotenmen" pula tidak diterima sebagai piawai DPB dan kerajaan disaran menggantikannya dengan perkataan lain seperti "Infohibur" tetapi Kementerian Penerangan yang mengendalikan stesen televisyen kerajaan Radio Televisyen Malaysia enggan menuruti saranan berkenaan. Pada tahun 2006 tema ini ditukarkan ke Saluran Inforia.
Малайски език | Malai | Malajisk | Malaiische_und_indonesische_Sprache | Malay_language | Malaja_lingvo | Idioma malayo | زبان مالایی | Malaijin_kieli | malais | Bahasa_Melayu | マレー語 | 말레이어 | Maleis | Język malajski | Малайский язык | Malajiska | Bahasa Melayu | ภาษามาเลย์ | 马来语
This article is licensed under the GNU Free Documentation License.
It uses material from the
"Bahasa Melayu".
Home Page • arts • business • computers • games • health • hospitals • home • kids & teens • news • physicians • recreation• reference • regional • science • shopping • society • sports • world